Kenapa NilaiRumah.com Wujud
Selepas bertahun-tahun berurusan dengan pemilik rumah di Johor Bahru, saya perasan satu corak yang sama berulang. Ramai owner bukan sebenarnya tak mahu jual rumah. Masalah mereka selalunya lebih simple dari tu.
Mereka tak pasti nilai sebenar rumah mereka. Takut letak harga terlalu rendah dan rugi. Takut pula letak harga terlalu tinggi sampai rumah terbiar bertahun tanpa buyer serius. Ada yang tak tahu sama ada perlu baiki rumah dahulu atau jual terus dalam keadaan sedia ada. Ada yang risau buyer akan tekan harga sebaik tahu owner dah desperate. Dan ramai yang langsung tak tahu apa proses sebenar sebelum sesebuah rumah boleh dijual dengan selamat.
NilaiRumah.com saya wujudkan sebagai tempat untuk owner semak dulu pilihan mereka dengan lebih jelas, sebelum buat keputusan yang besar kesannya kepada kewangan keluarga.